Vas Happenin'?
POSTED ON Monday 26 November 2012 AT 03:59

Assalamualaikum..! Ad org x kat rumah? Kat sini, ad org.

Hey guys. Hari ni, Ajee nak cite pasal Vas Happenin in my royal life lately. Hari ni, Ajee g ujian kecenderungan MRSM. Soalan maths, sangat susah! Tak tahulah org lain rase mcm mane tapi Ajee rase, sangat susah! Ajee tak sempat buat 10 soalan. Tengok soalan, then tekan jawapan je yg sempat. Lepas tu, science ngan keperibadian. Dua tu, rasenye, senang. Kacang. Ajee rase macam nak tidur mase jawab soalan tu. Ajee duk satu bilik ngan Hawa, Ain. Syok. Lame tak jumpe kwn. Selame ni, asyik terperap je kat rumah. Hehe. Sab, Qur ngan Qil plak, bilik lain. Ajee gi ambik ujian tu kat MRSM Serting. Ok la sklh tu. Not bad. Komputer dia canggih! Apple kot. Harap2 semue MRSM computer mcm tu.

Oh ye, hari tu, mase shout awards, ada vixx ngan nu’est. Ajee minat Vixx je. Tapi, tak dapat tengok. Sbb nk tgk MLM2012. Yeay! Jozan menang shout awards! Ok, cerite lapuk. Hari Sabtu hari tuh, Ajee gi Seremban 2. JJ. Best doe. For the first time, Ajee jejakkan kaki kat Seremban 2. Yup, for the first time, selepas 2 tahun. Lepas jalan2 kat JJ, gi Term plak. Abg Ajee cakap, tak boleh duk JJ lame2. Abg Ajee ckp lagi, org loaded je blh pegi JJ. And Ajee paham tuh. Patutla mama asyik cite yang die turun JJ je setiap minggu. Ok, paham. Awk tu loaded kan. Gi Term, tgk wayang! Au, excited. Setelah berbulan-bulan tunggu nak tgk wayang. Biase la u guys, Ajee xde transport. Lesen takde. Kalau Ajee ad, setiap HARI Ajee turun Seremban, tgk wayang!

Oh, Harimau Malaya, mengapa kamu semua tidak mengaum lagi? Mengapa? Ajee sedih tau. Sangat-2! Semalam, Ajee tgk bola sambil bace buku. Sanggup tau. Walaupun esok tu ada test. Tapi, result die, Hampa. Sangat2 kecewa. Lagu Ultras Malaya je yang best. Tapi, HHarimau Malaya…. Please la korang. Cergas la sikit. Bersusah-2 dahulu, bersenang-2 kemudian. Jgn la malas. Korang ada gaduh eh? Xde communication pun. Mungkin ada, tapi tak dengar. Anyway, saya sebagai penyokong setia tetap sokong. Fighting,ok!

Tu je la. Ajee tahu this post kinda serabut skit. Malas nak susun cerite2 tu. paham2 sendiri la, ek. Sedih nih. Oh ye, Ajee dah ada tumblr. Visit la, k. bye2. Love you.
Assalamualaikum. J

Confused
POSTED ON Sunday 18 November 2012 AT 22:53
Assalamualaikum. 

Hadoih. Fikiran yang berserabut. Tak tahu ape yang difikirkan sebenarnya. Tekanan emosi. Segala-galanya bercampur dan bagaikan bersatu dalam diri Ajee. Ajee rase macam nak gune skin. Tapi tak tahu nak gune skin apa. Nak makan aiskrim... Nak main slide, buaian. Argh! Semuanya 'menggila' kat dalam kepala. okay. tu je. tak tahu nak cakap macam mane lagi dah. 

Happy Birthday!
POSTED ON Thursday 15 November 2012 AT 18:05
Assalamualaikum.. :)

Hari ni, hari yang agak bermakna untuk saya. Hari ni, birthday Mak saya. Mak saya dah 47. Dan still cantik.


I LOVE YOU, MOM.


Last Week Of School
POSTED ON Friday 9 November 2012 AT 02:01
Assalamualaikum...! Ada orang tak kat rumah? :) 

Hey guys! Oh, sedar tak sedar, hari ni dah hari last sekolah ek? ye ke? bukan ke dah lame cuti ker? hihi. sorry uolls. well, biasak ler. budak lepas PMR. Hari2 pun cuti. So, today, i'm going to 'teach' u about FRIENDSHIP! Oh, i'm excited! Why? Because i have a huge amount of friends who love me! ahaks. Don't be jelly! And, hari khamis, ada jamuan. Of course la kan. It's annual program. And for the second time, our class took the Best Class Party of The Year! Macam biase. Eleh, jealous lah tu! wekkk! :P




Hari bersejarah ini berlaku pada hari Khamis, tanggal 8 haribulan 11 tahun 2012. Hari yang dahsyat ini berlaku dengan penuh gilang-gemilang! Awal pagi tuh, ad perhimpunan. Kitorang dengan bangganya telah me'nayang'kan baju kitorang yang cantik lagi gorgeous itu. excuse me, kitorg pakai baju tu with PERMISSION okay. dah tu, ad perhimpunan. kalau tak turun, nanti tak pasal2 kene blacklist. Semua orang pandang kitorang macam lain. Then, PKHem sebut la kat mane budak2 ni kene kumpul. Kitorang dah diberi keizinan awal2 lagi utk prepare utk jamuan. Hari tu jugak, ada jamuan utk cikgu yang dah nak bersara dgn nk berpindah. sedey uolls. cikgu zakiah dah nak bersara. walaupun iolls tak suke sangat cara dia mengajar kh, iolls sedih tau. 


Lepas perhimpunan, kitorg hias kelas. Ajee ngan Nisa, pegi jemput cikgu yang mana tak jemput lagi, and ingatkan cikgu2. penat. nak tercabut kaki. fahamlah Ajee betapa Leha, Bendahari kelas yang mungkin akan dinaikkan pangkat menjadi ketua tahun depan, berusaha nak jadikan jamuan kitorg CLASS gituh. Pengetua ngan ada beberapa org cikgu lagi, tak dapat dtg. nevermind. then, pukul 12 mcm tu, the event start! Iolls jadi MC. dgn Leha. mula2, cikgu Murtaza berucap sikit. pastu, Nisa, as wakil kelas. Then, Saudara Hasif bace doa. Like usual la kan. then, MAKAN! Makanan memang banyak la. Rase mcm, ..... ntah. Nikmatnya. Syukran Ya Allah. Alhamdulillah.












Sedap sangat melantak. Ada banyak nasi lebih. Budak2 lain yang bukan warga kelas, dipanggil utk makan sekali. Tengok, generous kan kitorg. tu la. kutuk lagi. tak kenal maka tak cinta tau. Lepas semua cikgu dah balik, acara seterusnya, yg mnjdi kewajipan ialah AWARD! dikendalikan oleh Ajee. Ada 12 award tahun ni. Ajee tak berape ingtla award tu. yg ajee ingat, mr. gedikxx, jatuh kpd andee and BFF terbalik, acap and hasif. Yang lain, tak ingat. Lepas tu, kemas2 balik. Uruskan apa2 yang patut. Then, solat zuhur dulu. sementara tunggu utk games. Lepas dah solat zuhur, kitorg tukar2 hadiah. Nisa dapat hadiah Ajee. Best tau masa tukar2 hadiah tu. mcm2 reaksi ada. Ajee plak dpt hadiah Hawa. Thanks Hawa! Then, pukul 2 camtu, the Game start! kitorg main game rebut kerusi. And, Ajee menang! Yeay! hehe. First time dalam sejarah hidup Ajee, Ajee menang. bangga. hehe. then, Ajee dah balik. sedih nak balik. sebelum balik, kan mase hari tu, Ajee bawak gitar. tapi gitar tu dah lame tak main. nak main macam mane, pegang pun tak betul. andee la yg suruh ajee bwk. tali gitar tu dah tak berapa nak elok. dah putus satu tali dia. andee try tune gitar tu. tapi tak berapa nak menjadi kut. sebab tali tu dah lame tak tukar, and lame sgt tak main. Ajee dpt advice yg berguna jgk la from andee. mcm2 la dia suruh buat. nevermind andee. nanti Ajee belaja ek. Nanti, maybe in 2 years more, kalau Ajee dah pandai main gitar, Ajee main untuk Andee ek. dah la tak sempat nak ambik gmbr ngan Andee.

Andee, seorang sahabat dan selamanya kekal sebagai sahabat.


Andee, thank you tau sebab sudi jadi kawan Ajee. Walaupun Andee gedik, tapi syok tau kawan ngan Andee. For the first time ever, Ajee rase selamat bile kawan ngan Andee. takde langsung perasaan yang tak patut kat Andee. Walaupun Andee kuat makan, tapi tak gemuk2 dan hensem la. hensem? hehe. jangan marah. Andee, jumpa lagi. Thanks for everything.

Hari ni, last day, Ajee tak dtg sklh. dh malas. hehe. To all my friends, Loves U 3A, here for you.


Terima kasih sangat sebab sudi jadi kawan Ajee. Selama 2 tahun lebih Ajee kat sini, Ajee rase bahagia. Disamping korang. Korang adalah kawan terbaik. Tak mungkin dapat diganti. Ajee Sayang Korang sangat2.  Tahun depan, mungkin kite tak jumpa lagi. Ye la. mesti ramai yang pergi sklh teknik, sklh agama, sbp, mrsm. Ajee pun maybe akan pergi. Korang ingat Ajee selalu tau. kalau korang dah berjaya, dah kahwin ke, jangan lupa jemput Ajee. Ajee pun akan jemput korang jugak. Lagi satu, jgn delete group yang kat dlm fb tu tau. tu je la satu2nya harapan dan kaedah Ajee nak contact korang. Korang dah besar nanti, dah ada anak, cite la kat anak2 korang pasal kite tau. Kalau Ajee mati, jgn lupa sedekahkan Al-Fatihah kat Ajee tau. Ajee mintak maaf sangat2 kalau Ajee banyak menyakitkan hati korang and buat salah ngan korang. Ajee sayang korang. Ingat tu.

and, for Ahmad Fitri Azahar, well, tak guna berselindung lagi kalau semua orang dah tahu.
Cilok FB.

Terima kasih la buat aku jadi popular. Aku takkan mungkin jadi macam ni kalau aku tak suka kau. terima kasih la jugak, sbb kau tak pernah nak pandang aku. Terima kasih sebab kau tak pernah cakap ngan aku. Terima kasih, aku ada jugak kenangan ngan kau, walaupun hanya dua perkataan, 'eh, kau'. Terima kasih. Kau jaga Sai baik2. Aku tahu kau boleh. Jangan nak lukakan hati dia. Walaupun aku tak 'kenal' korang sangat. Aku doakan korang bahagia. Korang tak suka aku kan? takpe. Aku maafkan. Aku pun mintak maaf kalau aku ada salah. Semoga kite TAK berjumpa lagi. Doakan aku, kalau kau nak. ok, bye.

Ajee Sayang Orang Yang Ajee Syang, Sangat2!
for now, that's all. bye!

They Moved My Heart
POSTED ON Thursday 1 November 2012 AT 20:00
Assalamualaikum. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang..
Yeah, I know. Kenal tak ayat tu? Confirm kenal kan. My entry today ada kene mengena ngan ayat tu dan orang tu. Ala, tak payah nak saspens sangat. Bukan ada pape pun. Just nak cerita.

Ceritanya macam ni. Sebenarnya, saya dah start berkenan ngan sorang blogger ni. Ayat dia, fulamak. Puitis giler. Ramai rakyat Malaysia yang kenal dia. Well, Ajee je yang baru kenal. Sape dia? Miyyo Azman, of course. ye, Ajee tahu. It's outdated right? Dah lame dah dia ni popular. Well, macam Ajee cakap, Ajee je yang baru kenal.. Maybe it's too late, but Ajee nak cerita jugak...! Macam mane Ajee boleh berkenan ngan dia ni? Ntah. Ajee pun tak tahu. Bagi Ajee, dia awesome.! 
Dia same umur ngan abang Ajee yang second. Yup, yang hensem tu *berlagak plak*. And of course, sbb dia handsome. Orang yang kenal Ajee mesti dah expect Ajee akan cakap dia handsome. Well, I like people based on their looks. And talent, of course. Dia ni sweet jugak. Walaupun Ajee tak tahu sangat pasal dia, Ajee dapat rasekan yang dia ni sweet. Tak kisah lah apa orang nak kate pasal dia, tapi dia memang ada ciri-2 'Justin Bieber Malaysia'. And, lagi sekali, Ajee tahu, benda ni dah outdated. Biar ah. Nak cakap jugak. Tak suka? Takyah ar bace.. wekk! :P

Lagi sorang, kak Maria Elena. Ajee suka akak ni. Ye.... Saya tahu.. Outdated lagi. What I care? kan dah cakap tadi, nak cerita jugak.. Ajee suka dengar dia cakap. Ajee suka jugak style hijab dia. Ajee suka bace cerita dia. Dan Ajee suka cara dia bercerita. Ajee rase lagi, dia ada sense of humor dan tarikan yang tersendiri la. Dia cantik. And she's an engineer you alls! Ajee suka org yg jadi engineer ni. Sebab Ajee tak suka nak jadi engineer. Tumpang gembira untuk orang lain je lah.. hehe. 

Then, Ajee nak berterima kasih jugak kat kawan Ajee yang Comel lagi Cute, Nena. Sebab, dia la yang 'kenalkan' Ajee ngan bloggers nih. You know, Ajee ni orang biase je. Ajee tak aktif sangat pasal blogging, tweeting and else. Ajee tak banyak explore pun pasal benda2 nih. Ada la sebab2 tertentu. And, without Tubies a.k.a Nena, Ajee takkan kenal ngan Fatin LiyanaDena BahrinKhadyjah Fhatyah, dan lain2. Ajee takkan dapat explore banyak pasal dunia blogging, and dunia internet, without Tubies. Thanks so much, sahabat. 

Well, that's all. Maaflah andai ada bahasa yang gedik, kesat dan mengada-ngada di sini. Saya tak sengaja. For your info, that's ME. I tend to talk first, then think. Sorry. okay, till then. Bye...!