Semalam tak Sama dengan Hari Ini
POSTED ON Friday 19 July 2013 AT 21:06
Assalamualaikum.

So, here I am again. Of course. I’m the only owner of this blog thing. Brr.

Hari ni dah hari kesebelas Ramadhan, am I right? Belum terlambat kan for me nak ucap,

Selamat Berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat.

Puasa tahun ni, sangat berbeza bagi Ajee. Sebab it’s the first puasa kat asrama. Bayangkan, selama ni, dah biasa puasa kat rumah, sekarang ni, puasa kat asrama le pulok. Rasa syahdu tu, hari2 ada. Ye la. Selama ni, sahur mak Ajee yang kejut. Lepas tu, bangun, sahur dah siap. Just makan je. Lepas tu, sambung tido. Subuh baru siap2 gi skolah. Lepas tu, pergi skolah macam biasa. Balik skolah, solat, mandi, pastu terbongkang depan tv. Petang pergi bazaar, kadang2 tak. Lepas tu, siapkan lauk utk buka. Then buka. Lepas buka, solat. Malam buat homework. Pastu tido. Kat asrama, completely beza.  Pagi, pukul 4.30 bangun. Pegi sahur. Tapi, Ajee tak pernah pergi sahur lagi sepanjang puasa kat asrama. Malas. So, Ajee memecah rekod peribadi bila Ajee just sahur air kosong je. Tapi tahan sampai petang tau. So, lepas minum air, pegi mandi. Then solat subuh. Pastu siap2, naik skolah. Balik skolah, solat then ada tadarrus. Sampai pukul 3.30 centu la. Pastu bebas. Slalunya Ajee tido. Kadang2 Ajee gi dobi, iron. Pastu, asar. Lepas asar mandi then siap2 nak gi buka. Kat asrama pun ada bazaar tau. Bazaar lah sangat. Ada 3 gerai je. Okaylah tu, daripada takde. Orang yang jual, orang yang same je stiap hari. Then, buka. Lepas tu, terus maghrib. Lepas maghrib, boleh balik dorm jap sebelum isyak. Tapi Ajee duk je surau. Buat ape yang patut. Lepas tu isyak, then terus terawih. for the first time ever, Ajee solat terawih ramai2 kat surau. Okay, slame ni, sejak Ajee kecik, Ajee rase, Ajee tak pernah pegi solat terawih kat masjid. Mase kat taman uda, walaupun masjid depan rumah je, Ajee tak pernah pegi masjid tu. Kat n9 pun, Ajee tak pernah pegi masjid. So, act, bulan puasa ni mendatangkan satu kesedaran baru kat Ajee. Baru Ajee tahu camane rasenye solat terawih berjemaah. Slalunya solat ngan mak Ajee je kat rumah.

Dan, sudah 11 hari dah Ajee berjauhan ngan abang Ajee. Mase Ajee first2 masuk asrama, Ajee tak rase sangat sbb Ajee tahu yg angah sentiasa ada kat rumah. Tapi kali ni, beza gile. Stiap kali Ajee akan ingat angah. Abang. Semua lah. Segala yang berlaku buat Ajee sedih sangat2. Ajee tak sangka yang kitorang dah besar. Masih terbayang lagi time kitorang kecik2. Rase macam baru semalam. Angah dah takde, jadik ada 3 orang je la dalam rumah. Adik Ajee sensorang je. Dulu, Ajee takde, angah ada. Skarang ni, angah pun dah takde. Ajee Nampak dia masih cuba nak sesuaikan diri. Tapi, Ajee touching giler. Dia skang ni, dah pindah bilik angah. Tido katil angah. Gune bantal angah. Ajee faham camane dia rase. Ajee ni lagilah. Kat asrama tu, takde sorang pun yang tahu betapa homesicknya Ajee hari2. Ajee nangis dalam hati je. Merintih sendiri. Kawan2 Ajee, budak dorm Ajee, tak sorang pun tahu.

Ajee nak balik Terengganu. Nak sangat balik Terengganu. Nak buka kat Terengganu. Bile la boleh balik Terengganu… raye tahun ni, Ajee balik lambat. Hmm. Xde can le nak buke puasa kat Terengganu. Huhu.


So, I guess, I gotta stop right here. Dah takde topic best2 lagi dah. Okay, bye. Assalamualaikum. J

Kenangan Manis Kau dan Aku
POSTED ON Thursday 4 July 2013 AT 06:34
Yeah!
Assalamualaikum. (Title tak beragak)

Apa khabar semua?? Hari ni, anak-anak murid cikgu sihat? Bagus..! okay, sekarang, keluarkan homework yang cikgu bagi semalam. Hehe. Amacam? Ada gaya tak? Hehe. Actually, takde dalam senarai ambition Ajee, nak jadi cikgu. OhMy, terlingkuplah anak-anak murid Ajee nanti.


So well, finally, I got my skin changed. Not my true skin! Its my blog skin. How does it look? Okay, or no? well, for me, okay lah! I’m a B2uty also. Hikhik. Actually, Ajee nak tukar jadi Dongjun. Tapi, nanti2 lah. Macam suka je Beast nih.


And well, Ajee cuti minggu ni! Start hari isnin, erm, isnin tu balik. Selasa lah. Start selasa, sampai hari Ahad ni. Kenapa cuti? Eh, biarlah. Dah dapat cuti. Hehe. Takdelah. Cuti sebab kat skolah Ajee, ada orang datang. Kat Mozac, diorang buat HK ragbi. Satu Malaysia punya Sbp datang, HK kebangsaan la katakan. So, diorang guna skolah Ajee punye hostel, macam muat lah kan nak duduk Mozac tu, satu Malaysia. So, diorang tidur hostel kitorang. Ergh, tak dapat nak bayangkan, lelaki tidur atas katil Ajee, eey.. tolonglah, be more gentle dengan katil Ajee ye.. oh ye, orang lain akan cuti sampai hari Ahad je, tapi Ajee extend sampai hari Selasa. Sebab nak hantar angah gi Mersing. Hmm, angah dah nak pergi.. huhu..


Next, hari ni, Ajee gi skolah. Kebetulan TMS sukan hari ni. Tapi, postponed esok. Sebab hujan lebat. And, padang basah. Gembira tau, dapat jumpa kawan2. Tapi Ajee tak jumpa Nena. Tak dapat dikesan mana Nena. Huhu.. sedih.. dan, tak jumpa Amad jugak. Well, camane nak jumpa? Amad kan dah pindah. Jumpa adik dia je. Skolah tms, masih sama lagi. Takde yang berbeza. Cuma system je lah yang berbeza skit. Ajee tak ambik banyak gambar. Sebab smua orang busy. Biasa la, hari sukan.

Okay, so, Ajee dah takde topic dah. Sebelum Ajee melalut panjang2, lets end it here. Bye2!

Saengil Chukka Hamnida,
Saengil Chukka Hamnida,
Saranghae Yoon Dujun,
Saengil Chukka Hamnida!
#25thYoonLeader



p/s: addicted to Song Sam Dong lepas tengok cite Dream High dengan khusyuk buat pertama kalinya. Err, bukan tak tengok sebelum ni, just tak focus. Hehe.