I Love You, Buddy
POSTED ON Wednesday 31 December 2014 AT 02:10
Assalamualaikum.

Fuh, such a great honour! Tak pernah2 orang puji blog Ajee yang buruk ni hah. Thank you. Thank you for always supporting me. Sesungguhnya, cuma dia la kawan terbaik Ajee kat SBPI Selandar dulu. Nur Hazwani Arshad. Orang nya secantik namanya. Nanti, kita buat entry pasal awak eh..


Awak tanya kita kan, camne nak buat blog lawa. Meh kita ajar. Kita ajar camne nak tiru orang lain punya. Hekhek. Jangan malu, jangan segan. We're girls, we can do it. Yes! Believe in yourself okay. nah, tuto.

First, pegi dekat factory



Then, pilih yang berkenan di hati. Ada banyak sangat2 kat factory ni. Harap rajin lah nak pergi jelajah. Needs a lot of time, you know. I suggest dia ni. Banyak Luhan punya.




Dah pilih? okay. Then, tekan blogger main. ni contoh ek.




nanti, akan download satu notepad yang macam kod jenayah. jangan risau, pasti bukan.






 Then, Copy, paste dekat templates.









Lepas tu, kene godek2 kod jenayah tadi tu. Kalau tengok kat preview skins kita tdi tu, akan ad macam about, linkies, and many more. So, kita godek kod utk cari tempat nak tulis benda tu, and kita tulis lah pasal kita.


Yang ni, maybe susah sikit. Sebab nak kene cari mane tempat kod dia tu. Kene baca satu2. Memang penat! Tapi, worth it, sebab nanti jadi lawa. hehe.



Dah siap? Preview dulu. Jadi tak macam yang kita preview? kalau jadi, blh save. kalau tak, godek kod lagi. Moga success! I LOVE YOU...


p:s// sila tekan dekat gambar tu, kalau nak tengok gambar lebih jelas. ;)


Senyum
POSTED ON Sunday 28 December 2014 AT 17:20
Assalamualaikum..
Hey fellas! Wow, macam rumah hantu dah blog ni. sorry guys, can't get a chance to write.

So, my life was going on so smooth lately. I've done with SPM. Yeay! Dah bebas! Tak yah gi sekolah lagi dah, Mula-mula tu, memang freedom habis. Tapi, lama-lama, boring giler! Rindu sekolah, kawan-kawan. Rasa macam tak complete plak. Pastu, kawan-kawan plak gi PLKN. Memang boring ah, takde kawan teman. Tapi, still, my life was pretty good. Daripada habis SPM ritu, sampai sekarang, asyik bercuti je. Mula-mula, ada Family Day kat PD. Memang havoc habis, Seronok sangat, spend time ngan orang-orang yang kita sayang kan? Dah la ramai-ramai. Satu family besar ada.


Lepas tu, Ajee jalan-jalan lagi. Gi KL, Perak. Sebelum habis SPM tu, memang ada plan nak gi jalan-jalan kat rumah mak sedara lepas SPM. So, the plan succeeds. Hehe. Pegi KL Perak, stay beberapa hari. Seronok. Jalan-jalan. Hehe. Lepas tu baru balik Terengganu. Oh, Heaven giler balik Terengganu. Setelah berbulan-bulan, asyik kene tinggal je. At last, balik jugak. Memang rase macam dalam syurga. Kat Terengganu, walaupun sekarang ni, musim banjir kan. Tapi, rase selamat. Selamat berada di negeri sendiri. Oh ya, please pray for Pantai Timur. Tahun ni memang teruk banjir. Tempat yang tak pernah naik air tu, tetiba banjir plak. Tempat yang memang selalu tu apatah lagi. Kesian tengok diorang. Rumah Ajee pun ada air sikit-sikit. Tapi tak teruk lah. Naseb baek tak teruk. Pastu ada plak rumors pasal kertas SPM tenggelam. Ya Allah. Ajee tak tahu nak cakap apa. Doa je lah. Hope it will be fine. 

Semalam, Ajee gi Mylink Festival episode 2, kat Stadium Gong Badak. Festival tu, untuk bantuan banjir kut. Ada Virus, Zizan. Kat sane ada jual-jual baju je. Promote online shop. Tapi, tu tak best sangat. Yang best, Ajee jumpa kawan lame! Lame gile tak jumpa diorang! 8 tahun kut. Sejak pindah Kelantan. Jumpa Najla, Nazrul, Nabiela. Tapi tak tegur Nazrul ngan Nabiela. Sebab malu... Dah lame sangat tak jumpa. Entah ingat ke tak. Tapi Ajee tegur Najla. Dia ingat Ajee. Terharu. Hehe. 

Good news before 2014 ends! Lepas ni dah tak payah rindu nak balik Terengganu lagi dah. Sebab, mak Ajee dah kene pindah sini! Yeay! So, Ajee stay sini je lah. Seronok giler! Adik Ajee pun dah pindah sekolah sini. Senang lah nanti. Tapi, sedih jugak. Nanti susah dah nak jumpa kawan kat Negeri Sembilan, Melaka. Result nanti pun maybe ambik lambat. hmm.. Takpe. Jodoh pasti ada.

So, that's a bit from me. Oh, dah tukar skin. Wuuu.. Entah bile minat Exo. Hehe. Nanti post seterusnya jangan terkejut plak kalau baca fully Tranung. Hehe. Dah pindah sini. So, till next post. Bye.