Last Week Of School
POSTED ON Friday, 9 November 2012 AT 02:01
Assalamualaikum...! Ada orang tak kat rumah? :) 

Hey guys! Oh, sedar tak sedar, hari ni dah hari last sekolah ek? ye ke? bukan ke dah lame cuti ker? hihi. sorry uolls. well, biasak ler. budak lepas PMR. Hari2 pun cuti. So, today, i'm going to 'teach' u about FRIENDSHIP! Oh, i'm excited! Why? Because i have a huge amount of friends who love me! ahaks. Don't be jelly! And, hari khamis, ada jamuan. Of course la kan. It's annual program. And for the second time, our class took the Best Class Party of The Year! Macam biase. Eleh, jealous lah tu! wekkk! :P




Hari bersejarah ini berlaku pada hari Khamis, tanggal 8 haribulan 11 tahun 2012. Hari yang dahsyat ini berlaku dengan penuh gilang-gemilang! Awal pagi tuh, ad perhimpunan. Kitorang dengan bangganya telah me'nayang'kan baju kitorang yang cantik lagi gorgeous itu. excuse me, kitorg pakai baju tu with PERMISSION okay. dah tu, ad perhimpunan. kalau tak turun, nanti tak pasal2 kene blacklist. Semua orang pandang kitorang macam lain. Then, PKHem sebut la kat mane budak2 ni kene kumpul. Kitorang dah diberi keizinan awal2 lagi utk prepare utk jamuan. Hari tu jugak, ada jamuan utk cikgu yang dah nak bersara dgn nk berpindah. sedey uolls. cikgu zakiah dah nak bersara. walaupun iolls tak suke sangat cara dia mengajar kh, iolls sedih tau. 


Lepas perhimpunan, kitorg hias kelas. Ajee ngan Nisa, pegi jemput cikgu yang mana tak jemput lagi, and ingatkan cikgu2. penat. nak tercabut kaki. fahamlah Ajee betapa Leha, Bendahari kelas yang mungkin akan dinaikkan pangkat menjadi ketua tahun depan, berusaha nak jadikan jamuan kitorg CLASS gituh. Pengetua ngan ada beberapa org cikgu lagi, tak dapat dtg. nevermind. then, pukul 12 mcm tu, the event start! Iolls jadi MC. dgn Leha. mula2, cikgu Murtaza berucap sikit. pastu, Nisa, as wakil kelas. Then, Saudara Hasif bace doa. Like usual la kan. then, MAKAN! Makanan memang banyak la. Rase mcm, ..... ntah. Nikmatnya. Syukran Ya Allah. Alhamdulillah.












Sedap sangat melantak. Ada banyak nasi lebih. Budak2 lain yang bukan warga kelas, dipanggil utk makan sekali. Tengok, generous kan kitorg. tu la. kutuk lagi. tak kenal maka tak cinta tau. Lepas semua cikgu dah balik, acara seterusnya, yg mnjdi kewajipan ialah AWARD! dikendalikan oleh Ajee. Ada 12 award tahun ni. Ajee tak berape ingtla award tu. yg ajee ingat, mr. gedikxx, jatuh kpd andee and BFF terbalik, acap and hasif. Yang lain, tak ingat. Lepas tu, kemas2 balik. Uruskan apa2 yang patut. Then, solat zuhur dulu. sementara tunggu utk games. Lepas dah solat zuhur, kitorg tukar2 hadiah. Nisa dapat hadiah Ajee. Best tau masa tukar2 hadiah tu. mcm2 reaksi ada. Ajee plak dpt hadiah Hawa. Thanks Hawa! Then, pukul 2 camtu, the Game start! kitorg main game rebut kerusi. And, Ajee menang! Yeay! hehe. First time dalam sejarah hidup Ajee, Ajee menang. bangga. hehe. then, Ajee dah balik. sedih nak balik. sebelum balik, kan mase hari tu, Ajee bawak gitar. tapi gitar tu dah lame tak main. nak main macam mane, pegang pun tak betul. andee la yg suruh ajee bwk. tali gitar tu dah tak berapa nak elok. dah putus satu tali dia. andee try tune gitar tu. tapi tak berapa nak menjadi kut. sebab tali tu dah lame tak tukar, and lame sgt tak main. Ajee dpt advice yg berguna jgk la from andee. mcm2 la dia suruh buat. nevermind andee. nanti Ajee belaja ek. Nanti, maybe in 2 years more, kalau Ajee dah pandai main gitar, Ajee main untuk Andee ek. dah la tak sempat nak ambik gmbr ngan Andee.

Andee, seorang sahabat dan selamanya kekal sebagai sahabat.


Andee, thank you tau sebab sudi jadi kawan Ajee. Walaupun Andee gedik, tapi syok tau kawan ngan Andee. For the first time ever, Ajee rase selamat bile kawan ngan Andee. takde langsung perasaan yang tak patut kat Andee. Walaupun Andee kuat makan, tapi tak gemuk2 dan hensem la. hensem? hehe. jangan marah. Andee, jumpa lagi. Thanks for everything.

Hari ni, last day, Ajee tak dtg sklh. dh malas. hehe. To all my friends, Loves U 3A, here for you.


Terima kasih sangat sebab sudi jadi kawan Ajee. Selama 2 tahun lebih Ajee kat sini, Ajee rase bahagia. Disamping korang. Korang adalah kawan terbaik. Tak mungkin dapat diganti. Ajee Sayang Korang sangat2.  Tahun depan, mungkin kite tak jumpa lagi. Ye la. mesti ramai yang pergi sklh teknik, sklh agama, sbp, mrsm. Ajee pun maybe akan pergi. Korang ingat Ajee selalu tau. kalau korang dah berjaya, dah kahwin ke, jangan lupa jemput Ajee. Ajee pun akan jemput korang jugak. Lagi satu, jgn delete group yang kat dlm fb tu tau. tu je la satu2nya harapan dan kaedah Ajee nak contact korang. Korang dah besar nanti, dah ada anak, cite la kat anak2 korang pasal kite tau. Kalau Ajee mati, jgn lupa sedekahkan Al-Fatihah kat Ajee tau. Ajee mintak maaf sangat2 kalau Ajee banyak menyakitkan hati korang and buat salah ngan korang. Ajee sayang korang. Ingat tu.

and, for Ahmad Fitri Azahar, well, tak guna berselindung lagi kalau semua orang dah tahu.
Cilok FB.

Terima kasih la buat aku jadi popular. Aku takkan mungkin jadi macam ni kalau aku tak suka kau. terima kasih la jugak, sbb kau tak pernah nak pandang aku. Terima kasih sebab kau tak pernah cakap ngan aku. Terima kasih, aku ada jugak kenangan ngan kau, walaupun hanya dua perkataan, 'eh, kau'. Terima kasih. Kau jaga Sai baik2. Aku tahu kau boleh. Jangan nak lukakan hati dia. Walaupun aku tak 'kenal' korang sangat. Aku doakan korang bahagia. Korang tak suka aku kan? takpe. Aku maafkan. Aku pun mintak maaf kalau aku ada salah. Semoga kite TAK berjumpa lagi. Doakan aku, kalau kau nak. ok, bye.

Ajee Sayang Orang Yang Ajee Syang, Sangat2!
for now, that's all. bye!